Jibril AS, Kerbau, Kelelawar, dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, “hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”. Si kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, “hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar”. “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”. Si cacing menjawab, ” Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya”.

BANGUNAN YANG TIDAK ROSAK DAN PEMILIK YANG TIDAK BOLEH MATI

Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahwa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

“Apa lagi cacat dan cela kota ini?” tanya raja.
“Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati.” Jawab orang itu. Tanya raja, “Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?”
“Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati.” Jawab mereka.
“Segera katakan apakah itu.” Desak raja.
“Syurga dan Allah pemiliknya,” jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.

Hayati sajak ini….

Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Masa fazli sedang study statistik fazli pun buka la email,sebab dah lama x buka …dalam email 2 kawan fazli da hantar satu tatatan untuk dilihat..jadi fazli nak kongsi la dengan semua apa yang fazli tengok….jom sama2 kita tengok dan menghayatinya….

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!
jubah Rasulullah SAW
Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.
Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?
Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?
Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.
Sama-sama peringat.
jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.

jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W

jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.

jubah Rasulullah SAW
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.
jubah Rasulullah SAW

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW

jubah Rasulullah SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.

jubah Rasulullah SAW
Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

jubah  Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

jubah Rasulullah SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW

Kongsikan bersama teman-teman.
Jazakallah.


Rasuah….Oh…Rasuah…

Definisi Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

  • Meminta/Menerima Rasuah
  • Menawar/Memberi Rasuah
  • Membuat Tuntutan Palsu
  • Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Masalah rasuah ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Pandangan Islam Mengenai Rasuah

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Oleh itu,rasuah ini amat berat kesalahan dan  hukumannya bukan setakat di dunia malah di akhirat kelak.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a)       Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b)       Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c)       Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d)       Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat  menyiapkan projek dan sebagainya.

e)       Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan  supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan  proses.

Zoom 100 Million Light Years From Earth

Asalammualaikum…Disini fazli ingin berkogsi satu video dengan semua.Video ini fazli tengok pada satu ceramah yang disampaikan oleh Pn Noor Harzun seorang pensyarah di KTD.Video ini menerangkan tentang pejalanan roh kita dibawa semasa kita tidur .Marilah sama-sama kita menghayati dan memahami video ini.Semoga video ini menjadi pengajaran kepada kita.

Adakah menangis kita kerana takutkan Allah s.w.t ?

Dalam sebuah kitab, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

p/s: Jangan malu jika kitorang lelaki yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t. Tetapi malulah jika menangis disebabkan perkara yang tidak sepatutnya Lelaki menangis tak macho? Sedangkan salah satu kecantikan bagi seorang lelaki ialah yang mampu menangis kerana ingatan. Air mata lelaki itu terlalu mahal ditumpahkan? Tapi kedengaran seumpama situasi ini menggambarkan bahawa lelaki itu ego? Sebenarnya air mata itulah yang menjadi bukti bahawa kita ini lemah. Bukan hanya wanita sahaja yang layak untuk menangis tetapi lelaki juga berhak untuk menumpahkan air matanya. Cuma bezanya mungkin dengan cara sebagai seorang lelaki.

Betapa seorang hamba itu pasti akan menghadapi dugaan, pasti dan pasti akan menjalani kesukaran dalam hidupnya. Kalau bernasib baik, jarang sekali kesedihan itu menghimpitnya. tetapi andai kasih sayang Allah s.w.t kepadanya begitu kuat, maka akan terhimpitlah dia dalam terlalu banyak dugaan. Cuma yang pasti Allah s.w.t tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Dalam tiap kesukaran pasti dan pasti akan Dia sediakan kemudahan sebagai jalan keluar untuk hamba-Nya, cuma mungkin ada waktunya lama, ada waktunya singkat. Oleh itu bersabar ialah kekuatan, dan orang yang mampu bersabar dengan tiap dugaan dan kesukaran yang jatuh kepadanya pasti dan tidak syak lagi adalah orang yang paling hebat yang pernah wujud.

Nabi s.a.w sendiri, tatkala malam bertandang, saat sujudnya sentiasa ada tangisan yang keluar, sedangkan dia insan pilihan, namun baginda s.a.w tidak pernah lupa dengan sifatnya sebagai hamba yang pasti dan pasti memerlukan Allah s.w.t sebagai pembantu dan penunjuk arah. Kerana itulah, nabi s.a.w menyuruh kita mengeluarkan air mata ketika berdoa, andai tak mampu buat-buatlah menangis pada permulaannya. Nabi berdoa agar sentiasa diberikan peluang untuk menangis setiap kali doa ditadahnya. Telah bersabda Rasulullah S.A.W,

” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Tetapi pada hari ini, kita menangisi untuk perkara dunia. Kita akan menangis andai tidak mempunyai harta sedangkan dalam kemiskinan itu bukanlah penghujung kepada kehidupan. Syaitan tidak takut jika dunia datang pada kita tetapi syaitan akan menakutkan kita dengan cara dunia hilang daripada kita. Jika hari ini kita ada banyak wang, maka syaitan akan tipu kita supaya jangan bersedekah supaya wang tidak berkurangan. Sedangkan hadith Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa tidak akan miskin orang yang bersedekah. Pilihlah yang mana satu jalan yang kita harus yakini sebagai seorang yang beriman dan beramal soleh. Sepatutnya kita harus menangis jika tidak merasakan manisnya iman disaat menunaikan perintah Allah s.w.t dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w.

Kita telah ditipu kerana kita menangis apabila ditinggalkan kekasih, sedangkan pada penghujung waktu hayat ini pasti dan pasti kita sendiri meninggalkan orang yang kita kasihi di dunia. Kita lupa, sepatutnya air mata yang diberikan Allah s.w.t digunakan untuk memikirkan dan merisaukan keadaan umat yang menderita sekarang dan ditangisi atas dosa-dosa yang dilakukan.

Kita seringkali ditipu kerana kita menangis mengenangkan masa lampau yang sentiasa menghantui hari-hari kita. Masa lampau adalah sejarah dan pasti tidak akan dapat diputarkan kembali masa dan waktu yang telah berlalu detiknya. Mengingatkan saat indah bersama pasangan kekasih tiba-tiba ditakdirkan Allah s.w.t untuk berpisah akan menyebabkan kita akan mempersalahkan pada takdir.

Meratapinya hanya akan membawa ‘kematian’ kepada semangat yang sedang berusaha tumbuh dalam hati kita. Yang pasti akan menjadikan kita semakin jauh daripada Pencipta. Yakinlah dengan iman, bahawa Allah s.w.t menarik sesuatu daripada kita kerana Dia mahu menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Dia lebih mengetahui apa-apa perkara yang terbaik untuk kita, lebih dari apa yang kita tahu tentang diri kita, kerana Dia yang mencipta dan mentadbir dunia ini.

Hari ini nikmat air mata itu telah kita salah gunakan. Terlalu banyak air mata yang dibazir untuk sesuatu yang begitu sia-sia. Mengapa mahu membunuh jiwa yang masih mempunyai peluang untuk terus bangkit menghadapi hari esok?

Mungkin pada hari ini, ini kata-kata yang terkeluar daripada bibirku. Tidak mustahil suatu hari nanti, apabila aku berhadapan dengan situasi yang berat, pasti aku menangis juga, cuma aku tidak tahu, aku menangis kerana apa ketika itu???

Apakah air mata yang sia-sia itu juga yang ingin kita jadikan saksi kepada Allah s.w.t kelak? Umat dalam keadaan menderita sekarang, adakah kita menangis memikirkan dan merisaukannya?

Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi.

“Andai dunia ini berharga hatta hanya sebesar kepak nyamuk sekali pun, pasti akan diharamkan walau setitis air kepada orang-orang kafir. Tetapi kerana dunia ini tiada nilainya, maka Allah memberi kepada kafir dan orang-orang berdosa tanpa batasan” (Al-hadith)

Cinta Allah

Antara cinta manusia dan cinta Illahi.

Hati ini laksana lautan yang dalam,
Bergelora berkocak tanpa sebarang sempadan,
Dalamnya luas, tiada yang mampu teroka,
Kerana airnya dalam, sukar diduga.

Bila mana manusia cuba mencari cinta,
Tersepit diantara suka dan duka,
Apakah ini cinta sepenuh jiwa,
Yang menjanjikan jaminan bahagia semata.
Bila hati berombak bergelora mencari makna suci,
Tersepit diantara cinta manusia dan cinta Illahi,

Apakah ia dikira musyrik,
Tidak membeza yang mana yang perlu dicari.
Kerdilnya manusia, bila ia diuji,
Karam di tengah lautan yang tak bertepi,
Kerana tiada yang mampu mengajari,
Hanya Dia, yang mampu tunjuki.

Bila dirasa cinta itu suci,
Salahkah ia mencari cinta insani,
Lumrah manusia memang tidak boleh lari,
Kerana itu dijadikan perempuan dan juga lelaki.

Cinta bagaimana yang dikira suci?
Cinta Rabiatul pada Allah yang Maha suci,
Atau cinta suami kepada isteri?
Mungkin juga cinta anak kepada penawar hati?
Yang mana yang mesti dicari?
Andai diri tak punya kekuatan imani.

Bila mana ditolak hati ini ini pada alam duniawi,
Menutup terus dari dinodai,
Yang diyakini cinta agung pada Dia yang suci,
Kekosongan jiwa semakin dirasai,
Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,
Kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.

Ku dambakan hanya
lah cinta Illahi,
Tidak dinafi cinta mereka yang disanjungi,
Namun salahkah aku, wahai Rabbul Izzati,
Dalam diri, dikongsi cinta Engkau dan cinta insani,

Aku syirikkah, aku munafikkah?
Gerun aku bila memikirkan masalah,
Bila ia berkait dengan jiwa yang resah,
Tanpa petunjuk, Allah yang maha Gagah,
Aku sentiasa buntu umpama bayi yang lemah.

Dikala mencari, ku temui suatu hikmah,
Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,
Dibezakan dan diberi rahmah,
Kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah,
Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,
Yang diharap dapatlah ia terus berada di jalan yang diamanah.

#Suatu rasa yang lahir dari suara hati kecil ini yang mengatakan;- bukanlah ia dinamakan indahnya cinta, andai kita tidak pernah digoda, laksana lautan yang tenang seketika, sebelum dilanda tsunami yang punya kuasa. Bila mana cinta di’dunia’kan, manusia lalai dan juga leka, kerana disangka itulah ia, suatu permata yang hilang seketika. Namun adakah mereka punya rasa, pada mereka Allah yang punya kuasa, dimana cintanya kita pada DIA, sekali pun dicari tak dijumpa. Renungan dan juga persoalan yang semakin ku temui suatu jawaban. Sesekali ku bukanlah punya pengertian tapi dilanda suatu rasa yang penuh ujian. Dimana rasa kecintaan pada Tuhan yang Maha Esa? Selagi diri dipenuhi cinta dunia. Dimana puji dan syukur kita? Selagi hati sentiasa lalai dan lupa.
Sengaja saya postkan kata dan juga persoalan, agar dapat dikongsi bersama sahabat yang punya hati dan rasa. Mengapa dikejar hakikatnya cinta, sedangkan kita tidak pernah menyucikan jiwa, tidakkah kalian semua gentar, bila disekutukan cinta manusia dan cinta DIa.

Kembalikanlah diri kita pada DIa, semoga kita semua bersatu dibawah kepercayaan pada yang Maha Esa, ku bimbangi bukanlah hukum semata, tetapi kedudukan kita suatu masa, bila jiwa tidak lagi bernyawa, bila hati tidak lagi punya rasa, bila roh tidak dibumi yang seketika, apakah kita masih punya masa, kembali kepada suatu akidah yang dicinta, yang dipelihara dan dijaga, kerana itu teruslah berusaha…(selamat mencari kecintaan yang didamba)

Kita (umat Islam) selalu berpecah dan berbalah, kerana disangka merekalah mulia, menidakkan mereka yang berbeza cara, tapi sedarkah mereka dalam alam dunia yang fana, tiada yang mampu menghukum suatu jiwa selain Allah yang Maha Kuasa. Teringat saya pada kata-kata syeikh Fuad bilamana menerima ijazah hadis Musasal bil Mahabah selepas tamat satu kitab yang disyarahkannya, HUKUM DITEGAKKAN TAPI ALLAH DITINGGALKAN, SUNNAH DIHIDUPKAN TAPI NABI DIKETEPIKAN..cakap kosong mereka yang tak punya jiwa , dikata punya kasih dan juga sayang, padahal diri tidak pernah cuba untuk digoda, kerana dirasa mereka sudah punya iman. (Pesanan buat mereka yang bergelar daie, pendakwah muda yang angkuh dan takkabaur, menidakkan ulama yang mulia, yang bersangka merekalah yang punya rasa, padahal jahil murakkab yang tidak pernah ditanya)

Solat sunat Dhuha

Waktu yang afdal .

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan..

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”



Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Asmaul Husna – 99 Nama-Nama ALLAH Taala

Asalammualaikum semua.Dalam kita menghadapi hidup ini ,kita sering lalai mengingatiNya sedangkan DIA tidak pernah melupakan kita.Oleh itu marilah kita sama2 menghayati Asmaul Husna-99 Nama-Nama Allah Taala semoga HDA sentiasa terpelihara.

01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu’min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
19 Al-’Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi’ -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu’izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami’ -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-’Adl -Yang Maha ‘Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-’Azim -Yang Maha Agung
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-’Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi’ -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia
49 Al-Ba’ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu’id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu’akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta’ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-’Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra’uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama
87- Al-Jami’ -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani’ -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi’ -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi’ -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.